April 18, 2011

fever fever

2 3 hari ni perut rasa senak lain macam. Tiap pagi mesti kena lengkapkan 2 3 kali masuk toilet. Dan tiap pagi jugak la muka dah macam kucing meroyan. Punca apakan ini semua berlaku? Itu yang kita perlu bongkar.

Ok dah, cukup. Mai sini rapat-rapat nk cerita 1 kisah. Kisah ni memang tak boleh dapat kat mana-mana. Ahli 1607 ja yang ada cerita ni. Jangan buang masa, pakat-pakat duduk bersila semua. Kopi secawan sorang, semua dapat? Ready semua? Ok, cerita bermula begini…

Malam jumaat lepas, ada la sepasukan muda mudi yang terdiri daripada mak lijah, mak senah, mak limah dan mak pora. Diorang ni pergi la ke pavilion untuk ber ‘JB’ di hujung minggu. Padahal mak pora bukannya suka sangat ber’JB2’ ni. Tapi disebabkan untuk memeriahkan lagi suasana dah menyokong sahabat yang gila ber’JB’, dia pun ikut la mereka yang lain untuk ber’JB’. Semangat ber’JB’ la katakan, tiket 3D yang dibelinya. Dah melayang 20 ringgit.

Sesi ber’JB’ pun bermula. Auwwwwwwwwwwwwww! Budak mana yang comel sangat tu? Aish! Tak boleh jadi ni. Makin besar makin comel. Comel macam kanak-kanak spestic riang-riang ria raya bersama nestle cornflake. Kecik-kecik dah pandai main bongo. Kecik-kecik dah pandai ketuk drum. Kecik-kecik dah pandai petik gitar. Ish! Anak sapa lah ni.

Memang budak ni ada talent yang tak semua budak ada. Tapi yang ditunjukkan cuma itu jela. Pasal education dia tak ada pulak tunjuk. Ok jugak kot. Biarlah yang tu. Selain dari tunjuk life dia sebelum jadi artis, diorang selitkan sekali aksi-aksi time dia buat road tour concert. Part yang mak pora dah tangkap cintan jambu loceng bila dia nyanyi ‘NSN’. Mak pora dah rasa macam mak pora sendiri yang ada kat concert 2 (*padahal bukan minat pun). Nasib baik la sangat bising, so mak pora pown dapat la gelak kuat-kuat tanpa ada orang lain pandang.

Lepas ja habis lagu ‘NSN’(*mak pora x sampai ke climax lagi) mak pora dah tak senang duduk dah. Dia asyik pusing Tanya mak lijah bila la lagu favorite mak pora nak keluar ni. Ish, masa dah makin suntuk ni. La…dah habis ka? Mak pora belom reach climax lagi. Tiba-tiba, “who want to be my baby?”. 
Auwwwwwwwwwwwwwww! Itu yang dinanti-nantikan. Habis je ber’baby’, mak pora, mak lijah, mak limah, dan mak senah pun keluar la dari dewan tu dengan muka masing-masing tak tau nak cakap macam mana.

Dapat jugak mak pora reach climax. Tak sia-sia la mak pora bayar 20 hengget. Balik sambung la pulak sekejap di alim lepas tu terus ke 1607 untuk beradu.

p/s: *maaf la ye ayat dalam ‘ ‘ tak dapat nak diterjemahkan. Tapi u allz kan bijak.

No comments:

Post a Comment